Tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Bagi Lulusan SPM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Company: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Application deadline: 08 Mac 2015
Location: Seluruh Malaysia


Jika anda mempunyai rakan, adik-beradik atau diri sendiri yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran dengan sijil SPM, sila baca sehingga habis.

Berita baik untuk mereka yang ingin menjadi cikgu dengan lulusan SPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Kementerian-Pendidikan-Malaysia-kpm

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Pemulihan
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Sejarah
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Matematik
  • Sains
  • Bimbingan dan Kaunseling

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Pemulihan
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Sejarah
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Matematik
  • Sains
  • Bimbingan dan Kaunseling

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Pemulihan
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Sejarah
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Matematik
  • Sains
  • Bimbingan dan Kaunseling

Cara Memohon/ How To Apply:

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 17 Februari 2015.
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA
(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760

Klik disini untuk info lanjut

{ 5 comments… read them below or add one }

vimalah a/p raweenthran February 24, 2015 at 1:37 PM

I gt 5 credits in spm.. Can i gt tis job as a english teacher

Reply

redolin February 28, 2015 at 1:26 PM

saya hanya mendapat 5 kredit dalam spm…jika saya ingin memohon apakah syarat² nya

Reply

PI Zien March 5, 2015 at 2:25 PM

can i apply as a temporary teacher for sjk(c) ?

Reply

Venesa Sapok anak sumping March 6, 2015 at 3:18 PM

I have 7 credit in spm .my mathematics and English only pass .not credit.

Reply

Shafizee Safie March 10, 2015 at 3:33 PM

Salam tuan..dh masuk web moe…tiada pun jawatan seperti petikan diatas…impian saya hendak jadi guru seni visual..

Reply

Leave a Comment

Jawatan kosong Malaysia. Jawatan kosong kerajaan 2015.

Jawatan kosong swasta 2015. Jawatan kosong terkini 2015.

Kerja kosong Malaysia. Kerja kosong kerajaan 2015.

Kerja kosong swasta 2015. Kerja kosong terkini 2015.


Kelantan . Terengganu . Pahang . Perak . Perlis . Selangor

Kuala Lumpur . Negeri Sembilan . Johor . Melaka . Sabah . Sarawak

Kedah . Pulau Pinang


Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai

Ogos | September | Oktober | November | Disember


Hakcipta terpelihara © 2011-2015 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2015/2016.


Jom baca Kisah Cinta disini.