Jawatan Kosong Angkatan Tentera Malaysia (ATM) – November

[sociallocker]Company: Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Application deadline: 30 November 2014
Job location: Seluruh Malaysia

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan yang berumur 18 tahun keatas untuk memohon jawatan kosong terkini sebagai:

1. PEGAWAI KADET GRADUAN (Lelaki & Wanita)
Klik pada jawatan untuk syarat kelayakan penuh.

Angkatan-Tentera-Malaysia-(ATM)

1. Jantina.

Lelaki – TDM, TLDM dan TUDM.
Wanita – TDM, TLDM dan TUDM.

2. Umur. Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2014.

3. Fizikal.
a. Tinggi Minimum:
(1) TDM. Lelaki 1.70m, Wanita 1.65m.
(2) TLDM dan TUDM. Lelaki 1.62m, Wanita 1.57m.

b. Berat Minimum: Lelaki 47.5kg, Wanita 45.0kg.
c. Ukuran Dada Minimum: 76sm, Lelaki sahaja.
d. Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 23.0 (Lelaki dan Wanita).

4. Taraf Kesihatan. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM. Tahap Penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lengkap serta memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tatademmot (DKT) – Forward Everywhere (FE).

5. Kelayakan Akademik:
a. Kelulusan di Peringkat SPM. Lulus SPM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.
b. Kelulusan di Peringkat Ijazah Sarjana Muda. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas di dalam jurusan yang diperlukan

6. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kelulusan dari Institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) melalui laman sesawang JPA di www.jpa.gov.my.

7. Kriteria Pemilihan. Calon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Tapisan Keselamatan, Merit Kelayakan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal, Ujian Bertulis dan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

8. Pelantikan. Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan ketenteraan di setiap Perkhidmatan.

9. Gaji, Elaun dan Kemudahan sebagai Pegawai Kadet Graduan. Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pindaan Syarat-syarat Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2013 yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.[/sociallocker]

Incoming search terms:

  • tentera

{ 2 comments… read them below or add one }

mohamad rahim bin zainal abidin December 23, 2014 at 5:40 PM

assalammualaikum saya ingin tahu bagai mana saya ingin masuk tentera????

Reply

FAADHIL MUHAMMAD August 28, 2015 at 12:44 PM

NK MASOK TENTERA TAPI TAK DAK SPM PMR PON GAGAL MCM MNA
\

Reply

Leave a Comment

Jawatan kosong Malaysia. Jawatan kosong kerajaan 2015.

Jawatan kosong swasta 2015. Jawatan kosong terkini 2015.

Kerja kosong Malaysia. Kerja kosong kerajaan 2015.

Kerja kosong swasta 2015. Kerja kosong terkini 2015.


Kelantan . Terengganu . Pahang . Perak . Perlis . Selangor

Kuala Lumpur . Negeri Sembilan . Johor . Melaka . Sabah . Sarawak

Kedah . Pulau Pinang


Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai

Ogos | September | Oktober | November | Disember


Hakcipta terpelihara © 2011-2015 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2015/2016.


Jom baca Kisah Cinta disini.